Tuesday, October 5, 2010

Tuala Wanita a.k.a. Pad a.k.a. Modes

Artikel dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002)


Tahukah anda bahawa kebanyakkan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui - Dioksin ! EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogenpaling merbahaya diketahui oleh sains. Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus). EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh:
  • melemahkan sistem imunisasi
  • meningkatkan risiko penyakit radangan pelvik
  • mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapat anak
  • berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak-kanak (bagi perempuan hamil)
Dalam ujian di luar Negara, tuala wanita telah didapati mengandungi 400 bahagian trillion (bpt)dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas. Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada doskecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin.Secara purata, wanita menggunakan kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.

Dikeluarkan dengan penggunaan bahan kimia yang banyak
Untuk membuat tuala wanita, setiap pulpa kayu pada mulanya direndam didalam air, didalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan, dimasukkan pada peringkat ini. (Pulpa itu kemudiannya digeser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya). Sesetengah tuala mengandungi rayon tambahan yang juga berasal daripadakayu untuk penyerapan tambahan. Serat didalam kayu dilarutkan didalam larutan kaustik, dipancut kedalam jet haus didalam air berasid. (Campuran itu kemudiannya membeku dan mongering menjadi gentian lebih panjang). Proses bahan kimia termasuk "de-inking" bahan yang dikitar semula,membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. (Akibatnya sesetengah bahan kimia yang digunakan kekal didalam tuala wanita). Bahan penambah juga digunakan untuk menambah sifat tuala wanita itu. Ini termasuk agen penyerap dan agen tahan basah - seringkali digunakan polysorbate dan urea formaldehid.Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menambahkan keputihan.

No comments:

Post a Comment